Consultation Information

Ministry/Agency Ministry of Housing and Local Government - Fire and Rescue Department of Malaysia
Consultation Period 15/10/2026 - 15/11/2026 Due in 17 days
Consultation Stage Public Feedback
Classification Public administration and defence; compulsory social security

Purpose

Cadangan penggubalan peraturan ini dibuat adalah bertujuan untuk mewujudkan suatu kerangka perundangan yang jelas dan tersusun berhubung pakaian seragam dan tanda pangkat pegawai bomba dan pegawai bomba bantuan bagi memastikan pemakaiannya dapat dikawal secara teratur dan berkesan.
Pakaian seragam dan tanda pangkat bukan sekadar perkara berkaitan penampilan, tetapi merupakan identiti yang mewakili perkhidmatan bomba ketika seseorang pegawai menjalankan tugas. Oleh itu, pandangan dan maklum balas orang awam serta pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan peraturan yang digubal jelas, praktikal dan sesuai dengan keperluan semasa.

Affected Stakeholder

  1. Orang awam
  2. institusi pengajian
  3. pegawai bomba
  4. pegawai bomba bantuan

Documents

Main Consultation Document
DOKUMEN KONSULTASI AWAM PERATURAN PAKAIAN SERAGAM BOMBA.docx
Main Consultation Document â€ĸ 0.02 MB
Download

Have Your Say

Share your thoughts and feedback

Engage with stakeholders and provide administrative oversight on feedback.

Allowed: PDF, DOC, DOCX, XLS, XLSX, PPT, PPTX, TXT, JPG, JPEG, PNG, GIF, ZIP, RAR (Max 10MB)
0 / 500 words
Showing 5 of 20 comments
AN
Anonymous
October 28, 2026

Cadangan ini wajar dilaksanakan bagi memastikan semua anggota mematuhi standard pemakaian yang seragam dan kemas

AN
Anonymous
October 28, 2026

Satu usaha dan inisiatif yang baik dalam memperkasakan JBPM pada masa hadapan

AN
Anonymous
October 28, 2026

Pakaian seragam merupakan simbol identiti dan kebanggaan anggota bomba. Oleh itu, peraturan yang teratur dapat memastikan identiti serta imej jabatan sentiasa dipelihara.

AN
Anonymous
October 27, 2026

Satu usaha murni dan inisiatif yang baik dalam memperkasakan khidmat dan profesionalisme JBPM

AN
Anonymous
October 27, 2026

Saya menyokong penuh Cadangan Penggubalan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Bomba Berkaitan Pakaian Seragam dan Tanda Pangkat Pergawai Bomba dan Pegawai Bomba Bantuan ini kerana penggunaan pakaian seragam dan tanda pangkat yang seragam adalah penting bagi memastikan orang awam dapat mengenal pasti pegawai bomba dengan jelas serta mengelakkan kekeliruan mengenai identiti mereka.

AN
Anonymous
October 27, 2026

Saya amat bersetuju dengan cadangan peraturan ini. Ia amat penting dan perlu disokong.

AN
Anonymous
October 27, 2026

Saya bersetuju dengan cadangan penggubalan peraturan berkaitan pakaian seragam dan tanda pangkat pegawai bomba dan pegawai bomba bantuan kerana peraturan ini penting untuk menjaga identiti rasmi, disiplin dan imej JBPM. Perbezaan yang jelas antara pegawai bomba tetap dengan pegawai bomba bantuan juga perlu ditetapkan, khususnya dari segi warna, bentuk atau reka bentuk tanda pangkat, supaya kedua-dua kategori mudah dikenal pasti oleh orang awam dan tidak menimbulkan kekeliruan semasa bertugas.

Selain itu, dicadangkan supaya peraturan ini menetapkan hukuman atau tindakan undang-undang yang jelas terhadap mana-mana individu yang menyalahgunakan pakaian seragam, tanda pangkat atau lambang rasmi JBPM tanpa kebenaran. Hukuman yang setimpal perlu dipertimbangkan berdasarkan tahap kesalahan, termasuk bagi kes penyamaran sebagai pegawai bomba untuk tujuan penipuan atau mendapatkan kepentingan tertentu, tertakluk pada peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. Secara keseluruhannya, cadangan ini disokong dan wajar diteruskan bagi memastikan pemakaian seragam lebih terkawal, penyalahgunaan identiti dapat dibendung dan keyakinan masyarakat terhadap JBPM terus terpelihara.

AN
Anonymous
October 27, 2026

Cadangan ini sewajarnya dilaksanakan bagi memastikan semua anggota mematuhi standard pemakaian yang seragam dan kemas seterusnya mengelakkan sebarang pertikaian.

AN
Anonymous
October 27, 2026

Saya sokong. Cadangan ini perlu dijelaskan kepada semua gred pegawai untuk mengurangkan kekeliruan berkaitan pemakaian pakaian seragam sekiranya garis panduan ditetapkan dengan jelas, mudah difahami dan boleh dirujuk oleh semua anggota.

AN
Anonymous
October 27, 2026

Saya menyokong cadangan ini kerana peraturan pakaian seragam yang lebih teratur dapat meningkatkan imej profesionalisme serta keyakinan masyarakat terhadap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

AN
Anonymous
October 27, 2026

Saya sokong. Cadangan ini dapat mengurangkan kekeliruan berkaitan pemakaian pakaian seragam sekiranya garis panduan ditetapkan dengan jelas, mudah difahami dan boleh dirujuk oleh semua anggota.

AN
Anonymous
October 27, 2026

1. Perkara yang wajib dibuat melibatkan pakaian seragam dan tanda pangkat sebagai suatu identifikasi khusus Pegawai Bomba
2. Peraturan menjadi rujukan dan panduan dalam pemakaian pakaian seragama dan tanda pangkat.
3. Amat bersetuju dan menyokong diwujudkan peraturan berkaitan pakaian seragam dan tanda pangkat.

AN
Anonymous
October 27, 2026

Cadangan ini wajar dilaksanakan bagi memastikan semua anggota mematuhi standard pemakaian yang seragam dan kemas

AN
Anonymous
October 27, 2026

Satu usaha dan inisiatif yang baik dalam memperkasakan JBPM pada masa hadapan.

MU
Muhammad Syahir Bin Ab Rahim
October 26, 2026

Penggubalan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Bomba berkaitan pakaian seragam dan tanda pangkat di bawah Akta 341 adalah satu langkah strategik yang wajar disokong sepenuhnya. Ia bukan sekadar garis panduan pemakaian, malah bertindak sebagai mekanisme pelindung yang memelihara integriti, hierarki, dan imej profesional Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Pewartaan spesifikasi yang terperinci ini secara langsung menutup ruang eksploitasi dan jenayah penyamaran identiti oleh pihak tidak bertanggungjawab. Tindakan tegas melalui kerangka perundangan ini amat penting bagi membina keyakinan mutlak masyarakat awam apabila berurusan dengan pegawai bomba semasa waktu kecemasan, operasi, atau tugasan penguatkuasaan.

Langkah strategik ini terbukti mampu memperkukuh tadbir urus JBPM, memastikan keseragaman identiti secara konsisten, dan memartabatkan keselamatan serta kualiti penyampaian perkhidmatan kebombaan ke tahap tertinggi.

AN
Anonymous
October 26, 2026

Pakaian seragam perlu di gazzetkan supaya pengunaannya terkawal dan dapat mengelakkan penyalahgunaan pihak yang tidak bertanggungjawab

CE
Cekodok
October 24, 2026

Saya menyokong cadangan penggubalan peraturan berkaitan pakaian seragam dan tanda pangkat Pegawai Bomba serta Pegawai Bomba Bantuan bagi memastikan keseragaman, disiplin, profesionalisme dan imej Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sentiasa terpelihara.

Walau bagaimanapun, beberapa aspek wajar diberikan perhatian dalam penggubalan peraturan ini:

1. Keseragaman dan identiti jabatan: Menetapkan spesifikasi pakaian seragam, tanda pangkat, lencana dan aksesori yang jelas bagi mengelakkan kekeliruan, penyalahgunaan serta pemakaian yang tidak mengikut ketetapan.
2. Keselamatan dan kesesuaian tugas: Memastikan pakaian seragam bersesuaian dengan fungsi dan persekitaran tugas, khususnya dari aspek keselamatan, keselesaan serta keperluan operasi kebombaan dan penyelamatan.
3. Pembezaan bidang kuasa dan identiti: Memastikan perbezaan yang jelas antara Pegawai Bomba dan Pegawai Bomba Bantuan bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat terhadap kedudukan, peranan serta bidang kuasa masing-masing.

Secara keseluruhannya, peraturan yang digubal hendaklah jelas, praktikal, mudah dikuatkuasakan dan tidak membebankan pegawai, di samping memperkukuh integriti, disiplin serta keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan negara.

AN
Anonymous
October 22, 2026

Kami menyokong penuh dengan cadang penggubalan peraturan ni . Dengan peraturan yang digubal ini diharap agar JBPM dapat berfungsi dengan lebih baik seterusnya dapat meningkatkan profesionalisme dan imej pegawai Jabatan Bomba.

AN
Anonymous
October 22, 2026

Rujuk Lampiran

AN
Anonymous
October 22, 2026

Secara dasarnya libat urus berkaitan cadangan penggubalan Peraturan Pakaian Seragam dan Tanda Pangkat Pegawai Bomba dan Pegawai Bomba Bantuan merupakan satu inisiatif yang amat wajar, strategik dan signifikan dalam memperkukuh tadbir urus, profesionalisme serta imej Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan dalam memastikan pemakaian seragam dan penggunaan tanda pangkat dilaksanakan secara teratur, seragam dan berlandaskan peruntukan perundangan yang jelas. Penggubalan peraturan yang komprehensif bukan sahaja dapat memperkemas aspek pemakaian dan pengenalan pangkat bagi kedua-dua kategori pegawai, malah berupaya memperkukuh disiplin, identiti korporat, semangat kebersamaan dan rasa kebanggaan dalam kalangan warga bomba. Pada masa yang sama, pelaksanaan libat urus secara menyeluruh dengan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan cadangan yang dirangka mengambil kira keperluan operasi, struktur perkhidmatan, bidang kuasa serta peranan dan tanggungjawab Pegawai Bomba dan Pegawai Bomba Bantuan secara seimbang dan adil. Sehubungan itu, usaha ini sewajarnya diberikan sokongan penuh kerana berpotensi menjadi asas penting kepada pembentukan kerangka peraturan yang lebih tersusun, telus dan mampan, sekali gus memperkukuh kewibawaan JBPM sebagai agensi peneraju keselamatan kebakaran dan penyelamatan negara.

No Surveys Available

Officer to Contact

ANOM FAIZURA BINTI MOHD HIZAM
Contact Person
afaizura@bomba.gov.my
Email
0388927626
Phone