Consultation Information
| Ministry/Agency | Ministry of Housing and Local Government - Not Applicable |
|---|---|
| Consultation Period | 03/08/2026 - 10/08/2026 Due in 2 days |
| Consultation Stage | Public Feedback |
| Classification | Islamic finance and economics |
| Ministry/Agency | Ministry of Housing and Local Government - Not Applicable |
|---|---|
| Consultation Period | 03/08/2026 - 10/08/2026 Due in 2 days |
| Consultation Stage | Public Feedback |
| Classification | Islamic finance and economics |
Pengumpulan maklum balas daripada para pemain industri bagi memastikan penetapan tatacara pelesenan serta pengawalseliaan adalah komprehensif serta mengambil kira kesediaan industri.
Pemain industri pemberi kredit Islam (kemudahan pembiayaan Islam dan pemajakgadaian Islam) yang bukan bank dan bukan koperasi.
Have Your Say
Showing 5 of 8 comments
AN
Anonymous
AN
Anonymous
MAKLUM BALAS KONSULTASI AWAM-Garis Panduan Pelesenan Kemudahan Pembiayaan Islam di bawah Akta Kredit Pengguna 2025 [Akta 873].pdf
(90.66 KB)
AN
Anonymous
Bantahan Dynamic.pdf
(34.73 KB)
AN
Anonymous
MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP CADANGAN GARIS PANDUAN PELESENAN PEMAJAKGADAIANâĻ.pdf
(985.15 KB)
AN
Anonymous
AN
Anonymous
BANTAHAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN PELESENAN KEMUDAHANâĻ.pdf
(35.05 KB)
AN
Anonymous
AN
Anonymous
Maklum_Balas_Draf_Garis_Panduan_AKTA873_Pemajakgadaian_Islam.pdf
(24.44 KB)
Share your thoughts and feedback
Engage with stakeholders and provide administrative oversight on feedback.
August 7, 2026
1. Penasihat Syariah â Group Appointment
Bagi kumpulan syarikat yang mempunyai beberapa anak syarikat menjalankan perniagaan Pemajakgadaian Islam, adakah setiap entiti pemegang lesen perlu mempunyai Surat Pelantikan/Service Agreement Penasihat Syariah secara berasingan, atau satu perjanjian induk antara syarikat induk dengan Penasihat Syariah yang secara jelas meliputi semua anak syarikat adalah memadai?
2. Penasihat Syariah â Setiap Cawangan
Adakah pelantikan Penasihat Syariah diperlukan di peringkat entiti sahaja, atau perlu meliputi setiap cawangan secara berasingan?
3. Pelantikan Group Compliance Officer
Merujuk Klausa 7.3 Garis Panduan yang menetapkan bahawa seorang Pegawai Pematuhan hendaklah dilantik dalam kalangan pengurusan kanan, mohon pengesahan sama ada seorang individu yang merupakan Group Compliance Officer dan pekerja kepada syarikat induk dibenarkan untuk turut dilantik sebagai Pegawai Pematuhan bagi beberapa anak syarikat dalam kumpulan yang sama yang masing-masing memegang/memohon lesen Pemajakgadaian Islam.
Sekiranya dibenarkan, adakah memadai sekiranya setiap anak syarikat:
a. meluluskan pelantikan individu tersebut melalui Resolusi Lembaga Pengarah;
b. mengeluarkan Surat Pelantikan sebagai Pegawai Pematuhan;
4. Monthly Credit Reporting
Klausa 17.3 menyatakan bahawa âsemua pemegang lesenâ perlu menyerahkan maklumat kredit positif dan negatif secara bulanan. Mohon KPKT mengesahkan sama ada keperluan ini turut terpakai kepada Pemajakgadaian Islam/Ar-Rahnu, atau hanya kepada perniagaan Kemudahan Pembiayaan Islam.
5. Nil Complaint Reporting
Bagi Laporan Aduan Bulanan, adakah pemegang lesen masih diwajibkan membuat submission sekiranya tiada aduan diterima pada bulan tersebut (NIL Report)?
August 7, 2026
Memorandum Maklum Balas Industri terhadap Draf Garis Panduan Pelesenan Kemudahan Pembiayaan Islam di bawah Akta Kredit Pengguna 2025 [Akta 873]īŧ sila rujuk lampiran kerana perkataan melebihi had. Terima Kasih
August 7, 2026
Fi lesen untuk Ar Rahnu sebanyak RM48,000 dua tahun adalah terlampau tinggi! Jangan membebankan perniagaan Islamik di negara Malaysia.
August 7, 2026
Sila rujuk lampiran kerana perkataan melebihi had.
August 5, 2026
1. Pengecualian eksklusif di peringkat entiti (perenggan 2.6(i)). Operasi kami adalah digital sepenuhnya, tanpa sebarang pembiayaan fizikal, justeru risiko percampuran perniagaan konvensional dan Shariah yang menjadi asas keperluan eksklusiviti penuh adalah kurang relevan berbanding model premis fizikal. Garis panduan menghendaki entiti berlesen menjalankan perniagaan kemudahan pembiayaan Shariah secara eksklusif dan sepenuhnya, sedangkan "Authorised Standard" SKP di bawah Akta yang sama membenarkan struktur Islamic Window Credit Provider (IWCP) yang menjalankan perniagaan konvensional dan Islam serentak melalui pengasingan dana. Mohon penjelasan sama ada eksklusiviti di bawah perenggan 2.6(i) dinilai mengikut jenis perniagaan atau keseluruhan entiti, dan bagi operasi digital sepenuhnya. Mohon KPKT pertimbangkan pelonggaran pengasingan dana yang setara dengan model SKP, tanpa memerlukan entiti korporat berasingan.
2. Keperluan berorientasikan premis fizikal bagi pengendali digital (perenggan 2.5, 13.2(ii), 15.8). Senarai dokumen peralihan dan rejim pelesenan cawangan mengandaikan kewujudan premis runcit fizikal, sedangkan pengendali digital sepenuhnya tiada premis yang berhadapan pelanggan. Mohon pengesahan sama ada alamat berdaftar boleh berfungsi sebagai premis berlesen tanpa mencetuskan kewajipan pelesenan cawangan, dan penjelasan bukti alternatif (contohnya rekod hosting/domain, log transaksi) yang boleh menggantikan keperluan perenggan 13.2(ii) sekiranya tiada cawangan fizikal pernah wujud.
3. Keperluan pelesenan serentak bagi produk IPF dan ITF. Kami kini menawarkan produk Kemudahan Pembiayaan Islam (IPF) yang tertakluk kepada garis panduan ini, dan merancang memperkenalkan produk pembiayaan berasaskan skim BNPL yang berada di bawah kawal selia SKP. Memandangkan kedua-dua produk akan dijalankan oleh entiti yang sama, mohon penjelasan sama ada kami perlu memegang lesen KPKT dan kebenaran SKP secara serentak, atau sama ada satu kelulusan sahaja mencukupi bagi meliputi kedua-duanya.
4. Kedudukan di bawah AMLA. Bank Negara Malaysia telah mengesahkan secara bertulis bahawa kami bukan Reporting Institution di bawah AMLA kerana bukan pemberi pinjam wang berlesen. Garis panduan ini tidak menyatakan sama ada pemegang lesen akan tergolong sebagai Reporting Institution AMLA, dan tidak menggariskan keperluan AML/CFT yang khusus, berbeza dengan rangka kerja SKP. Mohon KPKT mengesahkan status ini, dan sekiranya berkaitan, mohon keperluan AML/CFT dimasukkan secara eksplisit dalam garis panduan muktamad.
5. Tarikh permulaan tempoh peralihan berbanding tarikh penerbitan. Memandangkan garis panduan ini baru dibuka untuk penglibatan awam pada 3 Ogos 2026, sedangkan tempoh peralihan di bawah Seksyen 135 dikira bermula 1 Jun 2026, mohon pengesahan sama ada tempoh enam (6) bulan tersebut akan dilanjutkan atau dikira semula memandangkan garis panduan pelaksanaan tidak tersedia sepanjang majoriti tempoh berkenaan.
August 5, 2026
Saya dengan hormat mencadangkan supaya KPKT mempertimbangkan perkara berikut:
1. Memanjangkan tempoh penyerahan Penyata Kewangan Diaudit daripada tiga (3) bulan kepada lapan (8) bulan.
2. Menurunkan fi lesen Pemajakgadaian Islam kepada RM2,000 bagi setiap cawangan bagi tempoh dua (2) tahun.
3. Modal berbayar syarikat minima ditetapkan pada RM2,000,000.
August 4, 2026
Cadangan 3 â Penjelasan Struktur Pelesenan Cawangan
Garis Panduan merujuk kepada bilangan cawangan dalam penentuan ambang kewangan. Walau bagaimanapun, Garis Panduan tidak memperjelaskan sama ada setiap cawangan memerlukan lesen yang berasingan atau sama ada satu lesen boleh meliputi beberapa cawangan. Kami mencadangkan agar perkara ini diperjelaskan bagi mengelakkan kekeliruan dalam pelaksanaan.
August 4, 2026
MAKLUM BALAS TERHADAP DRAF GARIS
PANDUAN PELESENAN AKTA KREDIT PENGGUNA
2025 (AKTA 873)
(BAGI PEMAJAKGADAIAN ISLAM)
No Surveys Available