Consultation Information

Ministry/Agency Ministry of Domestic Trade and Cost of Living - Intellectual Property Corporation of Malaysia
Consultation Period 03/07/2026 - 14/08/2026 Due in 33 days
Consultation Stage Public Feedback
Classification Intellectual property

Purpose

Konsultasi ini bertujuan mendapatkan pandangan, ulasan, maklum balas dan cadangan daripada pihak berkepentingan berhubung cadangan pindaan Akta Hak Cipta 1987 [Akta 332] bagi memastikan kerangka perundangan hak cipta negara kekal relevan, efektif dan responsif terhadap perkembangan teknologi, perubahan model perniagaan, amalan industri semasa serta cabaran baharu dalam persekitaran digital.

Maklum balas yang diterima akan digunakan bagi menilai kesesuaian, keberkesanan, kebolehlaksanaan dan implikasi cadangan pindaan yang dikemukakan, termasuk impaknya terhadap pemegang hak, pengguna, industri kreatif, penyedia perkhidmatan digital, pelaburan, inovasi dan pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan. Konsultasi ini juga bertujuan memastikan cadangan pindaan mengambil kira keseimbangan antara perlindungan hak dan kepentingan awam, selaras dengan amalan terbaik antarabangsa, komitmen Malaysia di bawah perjanjian antarabangsa berkaitan harta intelek, serta keperluan semasa dan masa hadapan negara.

Affected Stakeholder

a) Pemilik hak cipta;
b) Pencipta;
c) Penggiat Industri Kreatif;
d) Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO);
e) Penyedia pPerkhidmatan Internet (ISP);
f) Pengamal Undang-Undang;
g) Akademia;
h) Persatuan Industri;
i) Agensi Kerajaan;
j) Badan Bukan Kerajaan (NGO);
k) Pengguna; dan
l) Mana-mana pihak berkepentingan yang terkesan secara langsung atau tidak langsung dengan cadangan pindaan Akta Hak Cipta 1987

Documents

Supporting Documents
Copyright-Act-1987-Act-332 (1).pdf
Supporting Documents â€ĸ 1.11 MB
Download
CADANGAN PINDAAN AKTA HAK CIPTA.pdf
Supporting Documents â€ĸ 6.19 MB
Download

Have Your Say

Share your thoughts and feedback

Engage with stakeholders and provide administrative oversight on feedback.

Allowed: PDF, DOC, DOCX, XLS, XLSX, PPT, PPTX, TXT, JPG, JPEG, PNG, GIF, ZIP, RAR (Max 10MB)
0 / 500 words
Showing 5 of 6 comments
AN
Anonymous
July 12, 2026

I support the proposed amendments to the Copyright Act 1987 as they are important for keeping Malaysia's copyright framework aligned with rapid technological developments, artificial intelligence (AI), and the growing digital content ecosystem. At the same time, the amended legislation should strike a fair balance between safeguarding the rights of copyright owners and promoting education, research, innovation, and access to knowledge.

The revised Act should include clear guidance on AI-generated content, appropriate copyright exceptions for educational and research activities, effective digital enforcement mechanisms, and continuous engagement with relevant stakeholders. These measures will help ensure that the legislation is practical, balanced, and adaptable to future technological changes while fostering the sustainable growth of Malaysia's creative and digital economy.

MO
MOHAMAD NOORMAN BIN MASREK
July 9, 2026

Saya menyokong sepenuhnya cadangan pindaan Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332) ini kerana ia amat relevan dengan cabaran semasa yang dihadapi oleh pencipta dan pemegang hak, khususnya dalam kalangan graduan seni dan reka bentuk di negara kita.
Salah satu isu kritikal yang sering diabaikan dalam wacana dasar harta intelek ialah jurang besar antara nilai komersial sesebuah karya seni dengan pulangan sebenar yang diterima oleh penciptanya. Ramai graduan bidang Seni Halus dan Reka Bentuk (Art and Design) tamat pengajian dengan kemahiran kreatif yang tinggi, namun tidak melihat kerjaya sebagai artis sebagai satu pilihan yang berdaya maju dari segi ekonomi. Fenomena ini bukan berpunca daripada kekurangan bakat, tetapi lebih kepada struktur ekosistem hak cipta yang tidak memberi jaminan pulangan jangka panjang kepada pencipta asal, terutamanya selepas karya tersebut dijual buat pertama kali.
Ini membawa kepada satu paradoks yang amat membimbangkan: ramai artis tempatan yang karyanya telah berulang kali dijual semula dengan harga yang tinggi di pasaran seni sekunder (seperti lelongan dan galeri), namun mereka sendiri kekal dalam keadaan kewangan yang tidak stabil. Nilai ekonomi yang terhasil daripada peningkatan reputasi dan permintaan terhadap karya mereka selalunya hanya dinikmati oleh pengumpul, pengedar, dan rumah lelongan — bukan oleh pencipta asal.
Justeru, saya berharap pindaan Akta Hak Cipta ini turut mempertimbangkan pengenalan mekanisme seperti Hak Jualan Semula Artis (Artist's Resale Right / droit de suite), yang telah diamalkan secara meluas di negara-negara Kesatuan Eropah dan beberapa negara Komanwel. Melalui mekanisme ini, artis dan pewaris mereka berhak menerima peratusan tertentu daripada hasil jualan semula karya seni visual mereka di pasaran sekunder. Ini bukan sahaja satu bentuk keadilan ekonomi, tetapi juga satu bentuk pengiktirafan simbolik terhadap sumbangan kreatif jangka panjang seseorang artis.
Dari perspektif dasar pendidikan dan pembangunan modal insan kreatif, pengukuhan hak ekonomi sebegini amat penting untuk membina keyakinan generasi muda bahawa kerjaya sebagai artis dan pereka adalah satu pilihan hidup yang berdaya maju, bukan sekadar minat sampingan. Ia turut selari dengan agenda negara untuk memperkasakan ekonomi kreatif dan industri kandungan sebagai penyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Saya berharap pihak Kementerian dan MyIPO dapat mengambil kira aspek ini dalam kerangka pindaan akta, di samping memastikan keseimbangan yang wajar antara hak pencipta, kepentingan industri, dan akses awam kepada karya kreatif dalam era digital.

AN
Anonymous
July 9, 2026

I support the proposed amendments to the Copyright Act 1987 as they are necessary to address technological advancements, AI, and digital content distribution. However, the revised legislation should maintain an appropriate balance between protecting copyright owners and supporting education, research, innovation, and public access to knowledge. Clear provisions regarding AI-generated content, copyright exceptions for educational purposes, digital enforcement, and stakeholder engagement will help ensure the Act remains practical, equitable, and future-ready while strengthening Malaysia's creative and digital economy

AN
Anonymous
July 9, 2026

terbaik

AN
Anonymous
July 9, 2026

Secara amnya kami bersetuju dan menyokong usaha MyIPO untuk mengemas kini Akta Hak Cipta 1987 bagi memastikan kerangka perundangan kekal relevan, responsif dan berkesan dalam mendepani cabaran penguatkuasaan yang timbul akibat perkembangan teknologi digital. Dari perspektif penguatkuasaan, landskap pelanggaran hak cipta telah berubah secara signifikan daripada pelanggaran yang melibatkan salinan fizikal kepada pelanggaran dalam persekitaran digital, termasuk melalui platform penstriman, media sosial, aplikasi pesanan, laman sesawang, perkhidmatan pengkomputeran awan (cloud computing) dan platform e-dagang. Modus operandi ini menjadikan aktiviti pelanggaran lebih pantas, sukar dikesan, melibatkan pelbagai bidang kuasa serta memerlukan pendekatan penguatkuasaan yang lebih dinamik dan berasaskan teknologi. Sehubungan itu, pengemaskinian akta ini penting bagi memastikan peruntukan undang-undang dapat menyokong pelaksanaan tindakan penguatkuasaan yang lebih efektif terhadap tindakan pelanggaran yang berlaku. Pindaan ini dapat menyokong usaha kerajaan dalam membanteras aktiviti pelanggaran digital, termasuk penstriman haram, pengedaran kandungan tanpa kebenaran dan pelanggaran hak cipta melalui platform dalam talian yang semakin berleluasa. Secara keseluruhannya, Bahagian Penguat Kuasa KPDN berpendirian bahawa cadangan pengemaskinian Akta Hak Cipta 1987 adalah selaras dengan keperluan semasa penguatkuasaan dan wajar dilaksanakan bagi memastikan peruntukan undang-undang kekal relevan, mampu menangani evolusi bentuk pelanggaran hak cipta serta meningkatkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan dalam era digital.

AN
Anonymous
July 6, 2026

Secara amnya, kami mengalu-alukan usaha MyIPO untuk mengkaji semula Akta Hak Cipta selaras dengan perkembangan teknologi digital, ekonomi kreatif dan amalan terbaik di peringkat antarabangsa. Pindaan yang dicadangkan diharap dapat mewujudkan keseimbangan antara perlindungan hak pemilik hak cipta, kepentingan pengguna serta keperluan inovasi dan pembangunan ekonomi digital. Bagi pelaksanaan pindaan, adalah dicadangkan supaya Peruntukan baharu dirangka dengan jelas bagi mengelakkan tafsiran yang berbeza serta memudahkan pelaksanaan dan penguatkuasaan, Sebarang hak, kewajipan dan mekanisme pelaksanaan adalah bersifat praktikal serta tidak membebankan pihak berkepentingan, Pindaan mengambil kira perkembangan teknologi baharu, termasuk kecerdasan buatan (AI), tanpa menjejaskan hak sah pemilik hak cipta, Sesi libat urus secara berterusan bersama pihak industri, pengamal undang-undang, institusi pendidikan dan agensi kerajaan diteruskan sebelum pindaan dimuktamadkan.

No Surveys Available

Officer to Contact

Contact 1
Encik Noor Aliff bin Musa
Contact Person
aliff@myipo.gov.my
Email
03-74952806
Phone
Contact 2
Encik Zulhilmi Aizat bin Ahmad Jaffri
Contact Person
zulhilmi.aizat@myipo.gov.my
Email
03-74963292
Phone