1. Memberi penerangan dan meningkatkan kefahaman pihak berkepentingan mengenai cadangan peruntukan, keperluan serta implikasi pelaksanaan Draf Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Benda Berbahaya Kepada Alam Sekeliling) 202X.
2. Mendapatkan maklum balas, ulasan, pandangan dan cadangan daripada pihak berkepentingan khususnya industri yang mengendalikan bahan berbahaya kepada alam sekeliling (EHS), termasuk aktiviti pengimportan, pengeksportan dan pengilangan bahan berbahaya.
3. Mengenal pasti isu, cabaran dan keperluan pelaksanaan yang berpotensi dihadapi oleh pihak berkepentingan bagi memastikan peraturan yang digubal adalah praktikal, berkesan dan boleh dilaksanakan.
4. Memastikan proses penggubalan peraturan dilaksanakan secara telus, inklusif dan mengambil kira pandangan pelbagai pihak yang berkepentingan.
5. Menambah baik dan memuktamadkan Draf Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Benda Berbahaya Kepada Alam Sekeliling) 202X berdasarkan maklum balas yang diterima sebelum peraturan tersebut diwartakan dan dikuatkuasakan.
Have Your Say
Showing 5 of 8 comments
AN
Anonymous
AN
Anonymous
AN
Anonymous
AN
Anonymous
AN
Anonymous
AN
Anonymous
AN
Anonymous
AN
Anonymous
Share your thoughts and feedback
Engage with stakeholders and provide administrative oversight on feedback.
July 10, 2026
Merujuk kepada Slaid 9, skop pihak yang diwajibkan membuat notifikasi melalui Sistem MyEHS perlu diperjelaskan. Adakah pihak seperti reformulator dan recycler yang menggunakan atau memproses EHS Terjadual turut tertakluk kepada keperluan notifikasi? Penjelasan diperlukan sama ada aktiviti tersebut termasuk dalam takrif âpengilanganâ atau merupakan kategori aktiviti yang berasingan.
July 10, 2026
Maklumat penalti dalam Quick Guide menyatakan hukuman penjara sehingga dua (2) tahun, sedangkan slaid sebelumnya menyatakan hukuman penjara sehingga lima (5) tahun. Percanggahan ini perlu disemak dan diselaraskan bagi memastikan ketepatan serta konsistensi maklumat.
July 10, 2026
Inventori dalam Sistem MyEHS hendaklah mengambil kira kuantiti EHS yang diimport, dieksport, dikilang atau dihasilkan, selain sifat bahaya intrinsik bahan tersebut. Maklumat kuantiti penting bagi membolehkan penetapan keutamaan risiko yang lebih objektif dan berasaskan tahap potensi pendedahan atau pelepasan, serta menyokong pemantauan, analisis trend dan tindakan kawal selia berasaskan risiko.
July 10, 2026
âKeutamaan Risikoâ hendaklah ditakrifkan dengan jelas dalam Peraturan atau garis panduan. Definisi tersebut perlu menjelaskan kriteria yang digunakan dalam penentuan keutamaan risiko, termasuk sifat bahaya EHS, kuantiti yang diimport, dieksport, dikilang atau dihasilkan, serta potensi pendedahan atau pelepasan kepada alam sekeliling.
July 10, 2026
Tempoh penyimpanan rekod hendaklah dilanjutkan kepada sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun. Tempoh tiga (3) tahun adalah terlalu singkat memandangkan sesetengah bahan berbahaya kepada alam sekeliling boleh memberi kesan jangka panjang dan sesuatu insiden pencemaran atau ketidakpatuhan mungkin hanya dikenal pasti selepas beberapa tahun. Penyimpanan rekod yang lebih panjang penting bagi memastikan kebolehkesanan (traceability), menyokong penyiasatan dan tindakan penguatkuasaan serta membolehkan penilaian trend pengurusan bahan berbahaya dari semasa ke semasa.
July 10, 2026
Sekiranya definisi yang digunakan adalah sama seperti yang telah ditetapkan dalam peraturan dan agensi lain, cadang istilah "Bahan" digunakan bagi memastikan keseragaman dan mengelakkan kekeliruan dalam pelaksanaan serta tafsiran perundangan.
July 8, 2026
Industry association such as Chemical Industries Council of Malaysia (CICM) should be notified and consulted to seek valuable feedback from Malaysia chemical players.
July 8, 2026
There should be a clear distinction between "bahan" and "benda" as both were seen to be used interchangeably in the draft for its English counterpart "substance". While I believe "bahan" is the more direct translation for "substance", "benda" is closer to "things" which may be interpreted to include not only substances themselves but also "articles" that contain the substances. Regardless the regulation should provide clarification if articles will be regulated or not. Thank you for your attention.
No Surveys Available