Consultation Information

Ministry/Agency Ministry of Health Malaysia - Pharmaceutical Enforcement Division
Consultation Period 06/04/2026 - 06/05/2026 Due in 15 days
Consultation Stage Public Feedback
Classification Human health and social work activities

Purpose

1. Tujuan konsultasi awam ini adalah untuk mendapatkan maklum balas pihak-pihak berkepentingan mengenai cadangan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Racun (Pengkompaunan Kesalahan) 2023 [P.U.(A) 402/2023].

2. Peraturan-Peraturan Racun (Pengkompaunan Kesalahan) 2023 adalah satu undang-undang subsidiari di bawah Akta Racun 1952 [Akta 366] yang memperuntukkan kesalahan-kesalahan di bawah Akta 366 dan Peraturan-Peraturannya yang boleh dikompaun. Peraturan ini juga memperuntukkan kaedah dan tatacara mengkompaun kesalahan.

3. Peraturan-Peraturan Racun (Pengkompaunan Kesalahan) 2023 perlu dipinda berdasarkan keperluan berikut:
(a) menyenaraikan kesalahan-kesalahan baharu sebagai kesalahan yang boleh dikompaun dalam Jadual Pertama bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Peraturan-Peraturan Racun 1952 seperti berikut:
i. subperaturan 26A(3) berhubung ketidakpatuhan terhadap keperluan penyimpanan rekod Engagement or Employment Record of Registered Pharmacists dan Attendance Record of Registered Pharmacists;
ii. subperaturan 27A(3) berhubung kegagalan menyimpan dan memelihara dokumen-dokumen yang diperuntukkan oleh Akta 366 dan Peraturan-Peraturan Racun 1952 mengikut tempoh yang ditetapkan; dan

(b) memperuntukan kaedah pembayaran kompaun melalui cara selain daripada kaedah pembayaran elektronik yang sedia ada diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan ini sebagai kaedah alternatif untuk melancarkan urusan pembayaran kompaun.

4. Pelaksanaan konsulatasi awam ini adalah selaras dengan Dasar Negara bagi Amalan Baik Peraturan (National Policy on Good Regulatory Practice-NGRP).

Affected Stakeholder

1. Pengamal-pengamal berdaftar di bawah:
(a) Akta Perubatan 1971 [Akta 50];
(b) Akta Pergigian 2018 [Akta 804]; dan
(c) Akta Doktor Veterinar 1974 [Akta 147].

2. Ahli farmasi berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 [Akta 371].

3. Pemegang lesen atau permit yang dikeluarkan di bawah Akta Racun 1952 [Akta 366].

4. Orang awam

Documents

Main Consultation Document
Dokumen konsultasi awam.pdf
Main Consultation Document â€ĸ 0.16 MB
Download
Peraturan-Peraturan Racun (Pengkompaunan Kesalahan) 2023 PUA 402.pdf
Main Consultation Document â€ĸ 0.28 MB
Download
Peraturan-Peraturan Racun 1952.pdf
Main Consultation Document â€ĸ 0.29 MB
Download
Supporting Documents
Akta Racun 1952.pdf
Supporting Documents â€ĸ 0.33 MB
Download

Have Your Say

Share your thoughts and feedback

Engage with stakeholders and provide administrative oversight on feedback.

Allowed: PDF, DOC, DOCX, XLS, XLSX, PPT, PPTX, TXT, JPG, JPEG, PNG, GIF, ZIP, RAR (Max 10MB)
0 / 500 words
AN
Anonymous
April 14, 2026

saya tidak setuju dengan pindaan ini, amat membebankan para ahli farmasi komuniti yang kini sudah menghadapi pelbagai kepatuhan undang-undang bukan hanya akta racun, juga sebagai pembayar cukai (majikan), socso, osha, PBT, SSM, KPDNKK, dll.

apa yg ada sekarang sudah bagus. perkhidmatan farmasi komuniti yang dekat dengan masyarakat terutama di luar bandar amat diperlukan masyarakat. usah tambah bebanan lagi sedangkan kerjasama awam-swasta di sektor kesihatan amat sikit berbanding sistem kesihatan di UK/Australia atau negara maju. Perkhidmatan Farmasi Komuniti diperkasa dgn kerjasama erat kerajaan MOH dan swasta bukannya undang-undang yg nak saman je kesalahan kesalahan yg ada sedangkan dispensing rigths atau undang-undang pindaan pendispensan tidak juga dibuat walaupun berpuluh tahun konsultasi. SAYA TIDAK SETUJU

AN
Anonymous
April 13, 2026

Terima kasih atas peluang untuk memberikan maklum balas terhadap cadangan pindaan Peraturan-Peraturan Racun (Pengkompaunan Kesalahan) 2023 [P.U.(A) 402/2023]. Inisiatif ini adalah amat dihargai dalam usaha memperkukuh mekanisme penguatkuasaan dan meningkatkan tahap pematuhan dalam sektor farmasi.

Secara keseluruhannya, saya menyokong cadangan pindaan ini, khususnya dalam mempertingkatkan fleksibiliti penguatkuasaan serta mengukuhkan keperluan pematuhan dalam kalangan pemegang lesen. Penambahan kesalahan yang boleh dikompaun serta kaedah pembayaran alternatif adalah satu langkah yang praktikal dan bertepatan dengan keperluan semasa.

Berhubung Cadangan Pindaan 1, penyertaan kesalahan berkaitan pengurusan rekod di bawah Peraturan-Peraturan Racun 1952 adalah wajar dan bersesuaian. Penyimpanan rekod seperti rekod penglibatan/pekerjaan dan rekod kehadiran ahli farmasi berdaftar adalah penting bagi memastikan akauntabiliti, kebolehkesanan (traceability) serta pematuhan kepada keperluan perundangan. Walau bagaimanapun, adalah dicadangkan agar garis panduan yang jelas atau format yang diseragamkan disediakan bagi membantu pihak industri melaksanakan keperluan ini secara konsisten serta mengelakkan kekeliruan dalam tafsiran. Selain itu, tempoh peralihan yang munasabah juga wajar dipertimbangkan bagi memberi ruang kepada pihak berkepentingan menyesuaikan proses dan dokumentasi dalaman mereka.

Berhubung Cadangan Pindaan 2, pengenalan kaedah pembayaran alternatif seperti kiriman wang dan draf bank adalah satu langkah yang praktikal bagi menangani kekangan operasi semasa, khususnya dalam keadaan di mana kemudahan pembayaran elektronik tidak dapat digunakan. Cadangan ini dijangka dapat meningkatkan aksesibiliti dan memastikan kelangsungan tindakan penguatkuasaan. Namun demikian, adalah disyorkan supaya mekanisme kawalan dan pengesahan yang bersesuaian diwujudkan bagi mengurangkan risiko berkaitan pemprosesan bayaran, kelewatan atau sebarang ketidakselarasan.

Secara kesimpulannya, cadangan pindaan ini adalah relevan dan memberi manfaat dalam memperkukuh rangka kerja perundangan sedia ada. Dengan penambahbaikan dari segi kejelasan pelaksanaan dan sokongan kepada pihak berkepentingan, pindaan ini berpotensi untuk dilaksanakan dengan lebih berkesan tanpa menjejaskan kecekapan operasi. Adalah juga dicadangkan agar keperluan ini diselaraskan dengan garis panduan sedia ada seperti Amalan Pengedaran Baik (Good Distribution Practice, GDP) atau Amalan Farmasi Baik (Good Pharmacy Practice, GPP) bagi mengelakkan pertindihan dan memastikan keseragaman pelaksanaan.Terima kasih atas pertimbangan terhadap maklum balas ini.

AN
Anonymous
April 7, 2026

Pindaan yang dicadangkan adalah untuk menjelaskan pemakaian dan memudahcarakan pelaksanaan. Setuju.

AN
Anonymous
April 6, 2026

Secara keseluruhannya, cadangan pindaan ini adalah baik dan selari dengan keperluan pelaksanaan penguatkuasaan yang lebih cekap, praktikal dan mudah dilaksanakan di lapangan. Walau bagaimanapun, bagi memastikan pelaksanaannya benar-benar berkesan, adalah dicadangkan supaya pindaan ini turut disokong dengan panduan atau SOP yang jelas, khususnya dari segi jenis kesalahan yang sesuai dikompaun, keadaan yang membolehkan kompaun ditawarkan, tatacara dokumentasi, kaedah kelulusan, serta tindakan susulan sekiranya kompaun tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan.

Panduan ini penting bagi memastikan pelaksanaan kompaun dibuat secara seragam oleh pegawai penguat kuasa, mengelakkan perbezaan pendekatan antara kes atau antara negeri, serta memastikan tindakan yang diambil adalah sepadan dengan tahap ketidakpatuhan. Di samping itu, penetapan panduan yang jelas juga dapat membantu membezakan antara kesalahan yang bersifat teknikal atau terpencil dengan kesalahan yang berulang, disengajakan atau mempunyai implikasi pengawalseliaan yang lebih serius. Dengan itu, mekanisme kompaun dapat berfungsi sebagai instrumen penguatkuasaan yang teratur, adil dan berkesan, tanpa menjejaskan ketegasan tindakan terhadap kesalahan yang lebih berat.

Survey

Kindly complete all fields in the survey. Your responses are confidential and used solely for this public consultation. Thank you for your valuable feedback!

The cooperation of Dato'/Datin/Dr./Sir/Madam is requested to complete ALL the details in the survey. All information is confidential and will be used for the purpose of this public consultation session only. We would like to thank you for your time and effort in providing feedback.

Please click on the button below to contribute your comment to this consultation.

Estimated time: : 10 minutes

Officer to Contact

Contact 1
Zurainy binti A Samah
Contact Person
zurainy@moh.gov.my
Email
03-78413200
Phone
Contact 2
Nurul Haizan binti Sukan
Contact Person
haizan.sukan@moh.gov.my
Email
03-78413200
Phone