Objektif:
Memaklumkan cadangan dan mendapatkan maklum balas berkaitan semakan semula dan pewartaan caj pergudangan dan caj freight forwarding kargo kontena LCL import dan eksport.
Latar belakang:
Cadangan semakan semula dan pewartaan caj pergudangan dan caj freight forwarding kargo kontena LCL import dan eksport bertujuan untuk:
i. Mengekang tindakan drastik oleh penyedia perkhidmatan seperti menutup operasi di dalam pelabuhan dan memindahkan operasi ke luar pelabuhan serta mencegah gangguan ke atas keseluruhan rantai bekalan (supply chain) dan peningkatan kos berganda kepada pengimport dan pengeksport disebabkan caj-caj tidak dikawal oleh mana-mana agensi kerajaan.
ii. Memastikan caj pergudangan dan caj freight forwarding adalah berpatutan dan mengikut kadar pasaran semasa serta untuk menampung peningkatan kos operasi semasa bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan kekal pada tahap yang optimum.
iii. Mengelakkan kos menjalankan perniagaan (cost of doing business) meningkat di Pelabuhan Klang tanpa kawalan seperti pengenalan / pengenaan caj atau surcaj baru yang tidak sepatutnya.
Standard Operasi Pemunggahan Kargo LCL:
Bagi kontena yang dipindahkan dari yad ke gudang sebelum jam 5:00 petang, proses pemunggahan barangan mesti diselesaikan pada hari yang sama supaya kargo sedia untuk diambil oleh pengimport.
Have Your Say
AN
Anonymous
FMM Input on the Proposed Revision of LCL_KMK Warehousing and Freight-Forwarding Charges at Port Klang (revised).pdf
(147.11 KB)
AN
Anonymous
Share your thoughts and feedback
Engage with stakeholders and provide administrative oversight on feedback.
October 9, 2026
FMM Input on the Proposed Revision of LCL_KMK Warehousing and Freight-Forwarding Charges at Port Klang
September 18, 2026
Pandangan dan Sokongan
Pihak kami bersetuju dan menyokong cadangan semakan semula serta pewartaan caj pergudangan dan caj freight forwarding bagi kargo kontena LCL import dan eksport yang dicadangkan.
Pandangan ini adalah berdasarkan beberapa pertimbangan utama:
i. Memberikan struktur caj yang lebih jelas dan telus
Pewartaan caj dapat mewujudkan satu struktur kadar yang lebih jelas, seragam dan telus kepada pengimport, pengeksport serta penyedia perkhidmatan. Ini juga dapat mengurangkan kekeliruan atau pertikaian berhubung caj yang dikenakan.
ii. Mengawal peningkatan kos menjalankan perniagaan
Semakan caj yang mengambil kira kos operasi semasa dapat membantu memastikan kadar yang dikenakan adalah munasabah dan seimbang, tanpa menyebabkan peningkatan cost of doing business yang tidak terkawal kepada pengguna.
iii. Memastikan kelangsungan operasi LCL di dalam pelabuhan
Kadar yang munasabah dan bersesuaian dengan kos operasi adalah penting bagi memastikan penyedia perkhidmatan dapat mengekalkan operasi di dalam kawasan pelabuhan. Ini dapat mengurangkan risiko pemindahan operasi ke luar pelabuhan yang boleh menambahkan kos, masa pengendalian dan pergerakan tambahan. Memandangkan peningkatan yang jelas dari pihak carriers dari segi local cost yang meningkat lebih dari jankauan, landed cost, dan juga operasi gudang secara keseluruhan.
iv. Mengurangkan risiko gangguan kepada rantaian bekalan
Operasi LCL melibatkan pelbagai pihak termasuk pelabuhan, penyedia gudang, freight forwarder, pengimport, pengeksport, pengangkut dan pihak berkuasa. Struktur caj dan operasi yang lebih tersusun dapat membantu memastikan kelancaran keseluruhan rantaian bekalan serta mengurangkan risiko kelewatan.
v. Meningkatkan tahap perkhidmatan kepada pengguna
Dengan kadar yang munasabah dan standard operasi yang jelas, penyedia perkhidmatan dapat merancang sumber manusia, ruang gudang, peralatan dan operasi dengan lebih berkesan. Ini secara langsung dapat menyokong peningkatan tahap perkhidmatan kepada pelanggan.
vi. Menyokong standard operasi pemunggahan LCL yang dicadangkan
Pihak kami juga menyokong penetapan standard bahawa kontena LCL yang dipindahkan dari yard ke gudang sebelum jam 5:00 petang hendaklah dipunggah pada hari yang sama, supaya kargo dapat disediakan untuk kutipan oleh pengimport dengan segera. Walau bagaimanapun, pelaksanaan hendaklah mengambil kira faktor operasi di luar kawalan gudang seperti kelewatan pelepasan, pemeriksaan pihak berkuasa, kerosakan kontena, kesesakan yard atau keadaan luar biasa.. Sya juga setuju diandai OT dikenakan atas dasar urgency for clearance selepas pukul 5pm.
Rumusan
Secara keseluruhannya, pihak kami berpandangan bahawa cadangan ini adalah wajar dan praktikal kerana ia bukan sahaja memberi manfaat kepada penyedia perkhidmatan, malah dapat mewujudkan keseimbangan antara kadar caj yang munasabah, kelangsungan operasi, tahap perkhidmatan dan kepentingan pengimport serta pengeksport.
Pihak kami menyokong agar semakan dan pewartaan ini diteruskan dengan mengambil kira kadar pasaran semasa, kos operasi sebenar serta keperluan untuk mengekalkan daya saing dan kecekapan untuk Pelabuhan Klang sebagai hab logistik serantau. Terimakasih
No Surveys Available