Consultation Information

Ministry/Agency Ministry of Health Malaysia - Public Health Development Division
Consultation Period 26/01/2026 - 30/03/2026 Due in 20 days
Consultation Stage Pre-drafting
Classification Human health and social work activities

Purpose

Konsultasi ini dijalankan bertujuan untuk mencapai objektif berikut:
(a) Mendapatkan Maklum Balas Pemegang Taruh: Mengumpulkan pandangan, cadangan, dan bantahan yang membina daripada pihak industri dan orang awam mengenai cadangan draf Rang Undang-Undang Kawalan Pewasapan.
(b) Penilaian Kesesuaian Perundangan: Menilai keberkesanan cadangan pemansuhan Akta Hidrogen Sianida (Pewasapan) 1953 yang dilihat tidak lagi relevan dengan perkembangan teknologi semasa, memandangkan akta sedia ada hanya mengawal penggunaan gas Hidrogen Sianida dan Metil Bromida sahaja.
(c) Memperluas Skop Kawalan Keselamatan: Mendapatkan pandangan mengenai cadangan perluasan definisi "fumigan" untuk merangkumi semua jenis gas beracun (termasuk Fosfin dan Sulfuril Fluorida) serta pengenalan kawalan ketat terhadap "Zon Pewasapan Terkawal" dan aktiviti pewasapan berisiko tinggi.
(d) Meneliti Impak Pelaksanaan: Mengenal pasti implikasi pelaksanaan peruntukan baharu seperti pendaftaran mandatori syarikat pewasapan, kenaikan kadar penalti sehingga RM200,000 , dan peralihan kepada sistem notifikasi elektronik sepenuhnya.
***
To solicit feedback from stakeholders and the public regarding the proposed Fumigation Control Act, which aims to replace the outdated Hydrogen Cyanide (Fumigation) Act 1953. The objectives are:
(i) Modernize Legislation: To replace a 70-year-old law with a comprehensive framework that addresses current technologies and safety standards.
(ii) Expand Scope: To extend strict regulation beyond just Hydrogen Cyanide and Methyl Bromide to include all fumigants (e.g., Phosphine, Sulfuryl Fluoride) as listed in the new Schedule.
(iii) Enhance Public Safety: To introduce stricter "Fit and Proper" licensing requirements, higher penalties (from RM 500 to RM 200,000), and mandatory safety protocols like Risk Assessments and Emergency Response Plans (ERP).
(iv) Digitalization: To transition from manual notifications to a mandatory electronic system (online submission, QR code IDs) for better enforcement and traceability.

Affected Stakeholder

  1. Operator pewasapan berlesen (Fumigator)
  2. syarikat kawalan makhluk perosak (Pest Control Company)
  3. Pembekal bahan kimia fumigan (Fumigant supplier)
  4. Logistics & Trade: Pengendali pelabuhan
  5. lapangan terbang
  6. ejen penghantaran kargo (freight forwarders)
  7. pemilik gudang
  8. dan pengusaha pengangkutan.
  9. Sektor Pertanian dan Komoditi (Commodity Sectors): Pengimport dan pengeksport hasil pertanian
  10. pengusaha silo bijirin
  11. industri perkayuan - Agricultural exporters/importers- managing silos timber grain).
  12. Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun (Public Bodies): Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  13. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Malaysia Maritime Enforcement Agency)
  14. Jabatan Laut Malaysia (Malaysia Marine Department)
  15. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
  16. Jabatan Pertanian
  17. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA).
  18. Orang Awam: Komuniti setempat yang menetap berhampiran kawasan industri atau pelabuhan yang berpotensi terdedah kepada risiko aktiviti pewasapan.

Documents

Main Consultation Document
CADANGAN PEWUJUDAN AKTA BAHARU PEWASAPAN.pdf
Main Consultation Document â€ĸ 0.28 MB
Download
Supporting Documents
Akta Hidrogen Sianida (Pewasapan) 1953 [AKTA ASAL UNTUK RUJUKAN].pdf
Supporting Documents â€ĸ 0.33 MB
Download
Peraturan- Peraturan HCN [SUBSIDIARI ASAL UNTUK RUJUKAN].pdf
Supporting Documents â€ĸ 0.76 MB
Download
WARTA PERINTAH METIL BROMIDE.pdf
Supporting Documents â€ĸ 0.04 MB
Download

Have Your Say

Share your thoughts and feedback

Engage with stakeholders and provide administrative oversight on feedback.

Allowed: PDF, DOC, DOCX, XLS, XLSX, PPT, PPTX, TXT, JPG, JPEG, PNG, GIF, ZIP, RAR (Max 10MB)
0 / 500 words
AN
Anonymous
February 28, 2026

Telah menjawab survey di atas. Semoga memberi manfaat kepada semua.

AN
Anonymous
February 28, 2026

Dilampirkan hasil soal selidik.

AN
Anonymous
February 20, 2026

Satu langkah yang tepat dalam memperkukuhkan instrumen kawalan sediada yang dilihat sudah tidak releven.

AN
Anonymous
February 20, 2026

Jabatan Pertanian bersetuju sepenuhnya dengan objektif konsultasi yang dikemukakan kerana ia merangkumi aspek penting dalam memperkukuh kawalan pewasapan di negara ini. Usaha mendapatkan maklum balas daripada pemegang taruh akan memastikan pandangan industri dan masyarakat diambil kira, manakala penilaian terhadap kesesuaian perundangan adalah langkah tepat memandangkan Akta Hidrogen Sianida (Pewasapan) 1953 sudah tidak lagi relevan dengan perkembangan teknologi semasa.
Selain itu, cadangan memperluas definisi "fumigan" serta pengenalan kawalan terhadap "Zon Pewasapan Terkawal" dilihat mampu meningkatkan tahap keselamatan awam dan alam sekitar. Peruntukan baharu seperti pendaftaran mandatori syarikat pewasapan, kenaikan kadar penalti sehingga RM200,000, serta peralihan kepada sistem notifikasi elektronik sepenuhnya akan memperkukuh kebertanggungjawaban industri dan memastikan pematuhan yang lebih berkesan.

MU
Muhammad Ikmal bin Ahmad Rashiden Regulator
January 22, 2026

Adakah undang-undang berkaitan kawalan aktiviti pewasapan sedia ada masih relevan? Kongsikan pandangan anda mengenai cadangan pemansuhan Akta Hidrogen Sianida (Pewasapan) 1953 dan cadangan mewujudkan suata Akta baharu bagi kawalan pewasapan menyeluruh. Suara anda penting dalam membentuk dasar keselamatan negara.

Is our current fumigation related law still relevant? Share your thoughts on the proposal to repeal the Hydrogen Cyanide (Fumigation) Act 1953 and introduce the Fumigation Control Act. Your voice matters in shaping national safety policies.

Survey

Kementerian Kesihatan Malaysia sedang dalam proses menggubal Akta Kawalan Pewasapan bagi menggantikan Akta Hidrogen Sianida (Pewasapan) 1953. Langkah ini bertujuan memodenkan undang-undang lapuk, memperketat piawaian keselamatan, dan melindungi kesihatan awam daripada risiko keracunan gas fumigan. Maklum balas anda amat penting bagi memastikan akta baharu ini praktikal, berkesan, dan menyeluruh. Sila rujuk Dokumen Konsultasi Awam yang disediakan sebelum menjawab.

The cooperation of Dato'/Datin/Dr./Sir/Madam is requested to complete ALL the details in the survey. All information is confidential and will be used for the purpose of this public consultation session only. We would like to thank you for your time and effort in providing feedback.

Please click on the button below to contribute your comment to this consultation.

Estimated time: : 15 minutes

Officer to Contact

Contact 1
Muhammad Ikmal bin Ahmad Rashiden
Contact Person
muhammad.ikmal@moh.gov.my
Email
03-80944857
Phone
Contact 2
Sharul Niza bin Badarudin
Contact Person
sharul.niza@moh.gov.my
Email
03-8094 4864
Phone
Contact 3
Fatin Najwa binti Zulkifli
Contact Person
supsip@moh.gov.my
Email
03-8094 4873
Phone